Tuesday, 19 June 2012

Ringkasan Peristiwa Israk dan Mikraj

Masih íngat lagi tak kisah menarik íni yang biasa diceritakan oléh guru² kita di sekolah² ágama? ;)

Isrâ’ & Mi’râj merupakan sebuah kisah Rasulullah S.A.W. dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah S.W.T. úntuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah S.W.T.

Terdapat khilaf úlama’ mengenaí tarikh sebenar berlakunya peristiwa íni akan tetapi jumhur úlama’ bersepakat menerima íanya berlaku pada malam Ísnin, 27 Rejab tahun ke-12 Kerasulan íaítu setahun sebelum Hijrah Rasulullah S.A.W. dari Mekah ke Madinah bersamaán tahun 621 Masihi.

Tetapi tarikh berlakunya peristiwa bukanlah menjadi suatu kepentingan kerana apa yang lebih penting adalah úmat Íslam WAJIB mempercayai & meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar² berlaku ke atas diri Rasulullah S.A.W. dan bukannya cerita dongêng berdasarkan dalil qatie dari al-Quran dan hadis sahih.

Perjalanan Rasulullah S.A.W. bersama Malaikat Jibril & Buraqnya íni terbahagi kepada 2 Fasa íaítu : 
  1. Isrâ’ yakni perjalanan Nabi S.A.W. menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Áqsa, di Baitulmuqqaddis, Palestin.
  2. Mi’râj ialah perjalanan dari Masjidil Áqsa ke Sidrat al-Muntahā di langit yang ke-7 dan menghadap Allah S.W.T. Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oléh Allah S.W.T di dalam Surah Al-Israa' ayat 1. (Keterangan ayat boléh dilihat pada gambar berdasarkan 'link' yang diberikan pada ruangan komentar dibawah).
Para úlama’ hadis, úlama’ feqah dan úlama’ tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Isrâ’ & Mi’râj di mana ke-dua²nya berlaku dalam 1 malam dan dalam keádaán Baginda S.A.W. sedar.

Peristiwa íni pada pandangan órang yang tidak beríman atau meréka yang tipis ímannya; menyatakan bahawa ía adalah sesuatu yang mustahil berlaku / meréka berbelah-bahagi samada mahu mempercayaínya ataupun sebaliknya. Tetapi bagi órang yang benar² beríman kepada Allah dan Rasul-Nya maka meréka tetap percayaínya dengan penuh keímanan.

Setelah baginda S.A.W menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka órang² kafir bertambah kuat mengéjék dan mendustakan Baginda S.A.W. Fitnah terhadap Baginda S.A.W bertambah kuat malah ada juga di kalangan meréka yang sebelum ini telah memeluk Íslam kembali murtad.

Manakala bagi meréka yang begitu meyakini Baginda S.A.W, íman meréka tetap útuh sebagaimana kita melihat rèaksi Sayyidina Abu Bakar apabila beliau mendengar berita daripada órang ramai tentang apa yang telah diberitahu oléh Nabi S.A.W lalu beliau dengan tegas menyatakan :
"Benar! Aku menyaksikan bahawa éngkau merupakan Rasulullah. Jika Baginda S.A.W mengatakan bahawa Baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beríman kepadanya". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah S.W.T. dan Rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud ‘Pembenar’.

Sebelum berlakunya Isrâ’ dan Mi’râj,

Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut oléh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('Álaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was²nya, kemudian dituangkan hikmat, ílmu, dan íman ke dalam dada Rasulullah S.A.W.. Setelah itu, dadanya dijahit dan ‘dipatrikan’ dengan "Khatimin Nubuwwah".

* Menurut pendapat masyhur daripada Ibnu Hajar dan Abu Naim, pembelahan dada Rasulullah S.A.W. berlaku sebanyak 3 kali :
  1. Sewaktu Rasulullah S.A.W. masih kecil disaát baginda dipelihara oléh Halimatussaádiah.
  2. Setelah baginda ditabal menjadi Rasul.
  3. Pada malam Isrâ’ dan Mi’râj

Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq úntuk ditunggangi Rasulullah S.A.W. dalam perjalanan luarbiasa yang dinamakan Isrâ’ itu.

* Kemudian Malaikat Jibril membawa Buraq, berwajah índah, makhluk yang tinggi, bewarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil daripada ‘Baghal’.
Ía mampu meletakkan kakinya di sempadan paling jauh pandangannya. Ía mempunyai telinga yang panjang. Setiap kali ía menghadapi bukit, kaki belakangnya akan melanjut dan setiap kali ía turun dari bukit, kaki depannya pula akan melanjut. Ía mempunyai dua sayap pada paha yang menambah kekuatan kakinya.
Ía melawan tatkala Nabi Muhammad S.A.W. cuba untuk menunggangnya. Malaikat Jibril meletakkan tangannya di atas surai lalu berkata : "Adakah éngkau tidak merasa malu Wahai Buraq? Demi Allah, belum ada yang menunggangmu didalam semua ciptaán yang dikasihi Allah, lebih terhadap órang íni."
Ía berasa begitu malu setelah mendengarnya sehingga terasa seperti berendam dalam keringat dan ía berdiri tegak-diam supaya mudah bagi Baginda Rasulullah S.A.W. úntuk menunggangnya.
- [Muhammad S.A.W., al-Alawi al-Maliki, al-Anwar al Bahiyya min Isra wa l-Mi'raj Khayr al-Bariyyah]

Semasa Isrâ’ ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Áqsa ) :

Sepanjang perjalanan (Isrâ’) ítu, Rasulullah S.A.W diíringi (ditemani) oléh Malaikat Jibrail dan Ísrafil. Tiba di tempat² tertentu (tempat² yang mulia dan bersejarah), Rasulullah S.A.W. telah diárah oléh Jibrail supaya berhenti dan bersolat 2 rakaát. Antara tempat² berkenaán adalah :
  1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah S.A.W. akan melakukan hijrah.
  2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah.
  3. Baitul-Laham (tempat Nabi Ísa A.S. dilahirkan).
Dalam perjalanan itu juga Baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa² simbolik yang amat ajaib.

Peristiwa²  tersebut adalah seperti berikut :
  1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman meréka.  Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula se-olah² belum lagi dituai. Hal ini berlaku ber-ulang². Rasulullah S.A.W diberitahu oléh Jibrail : “Ítulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.”
  2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W diberitahu oléh Jibrail : “Ítulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan íman íbunya) yang dibunuh oléh Fir'aun kerana tetap teguh beríman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan)."
  3. Sekumpulan órang yang sedang memecahkan kepala meréka. Setiap kali dipecahkan, kepala meréka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan ber-kali². Jibrail memberitahu Rasulullah : "Ítulah órang² yang berat kepala meréka untuk sujud (solat)."
  4. Sekumpulan órang yang hanya menutup kemaluan meréka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Meréka dihalau seperti binatang ternakan. Meréka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : “Ítulah órang² yang tidak mengeluarkan zakat harta meréka.”
  5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah dan busuk sedangkan daging yang masak ada di sisi meréka. Kata Jibrail : “Ítulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing² mempunyai ísteri / suami.”
  6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail : “Ítulah órang yang makan riba’.”
  7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail : “Ítulah órang tak dapat menunaikan ámanah tetapi masih menerima ámanah yang lain.”
  8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir meréka dengan penggunting besi ber-kali². Setiap kali digunting, lidah dan bibir meréka kembali seperti biasa. Kata Jibrail : “Ítulah órang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.”
  9. Kaum yang mencakar muka dan dada meréka dengan kuku tembaga meréka. Kata Jibrail : “Ítulah órang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghina) órang.”
  10. Seékor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tidak dapat ía masuk semula ke dalam lubang ítu. Kata Jibrail : "Ítulah órang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat."
  11. Seórang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah S.A.W. tidak mempedulikannya. Kata Jibrail : “Ítulah dunia. Jika Rasulullah S.A.W. memberi perhatian kepadanya, nescaya úmat Íslam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.”
  12. Seórang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah S.A.W. berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail : “Ítulah órang yang men-sia²kan úmurnya sampai ke tua."
  13. Seórang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah S.A.W. úntuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail : “Ítulah gambaran úmur dunia yang sangat tua dan hanya menanti saát kiamatnya sahaja."
Setibanya di Masjid Al-Áqsa, Rasulullah S.A.W. turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengímamkan solat 2 rakaat dengan para Ánbia dan Mursalin yang menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail 2 bejana yang berísi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail : “Baginda telah membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramailah úmat baginda yang akan menjadi tersesat.”

Semasa Mi’râj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T ) :

Didatangkan Mi’râj (tangga) yang índah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (Pintu Hafzhah).
  • Di Langit Pertama : Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S., kemudian dapat melihat órang² yang makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat órang berzina yang mana rupa dan kelakuan meréka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
  • Di Langit Ke-2 : Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
  • Di Langit Ke-3: Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
  • Di Langit Ke-4 : Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
  • Di Langit Ke-5 : Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oléh kaumnya Bani Ísrail.
  • Di Langit Ke-6 : Bertemu dengan Nabi². Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah S.A.W. mengangkat kepala (disuruh oléh Jibrail) lalu dapat melihat úmat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
  • Di Langit Ke-7 : Bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oléh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah S.W.T. pada malam íni. Úmatmu adalah yang terakhir úmat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk úmatmu. Suruhlah úmatmu menanam tanaman syurga iaituLA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada úmatmu dan beritahu meréka, Syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah 5 Kalimah, iaitu :SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM”. Bagi órang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pohon dalam Syurga".
Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ájaib. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersolat (Baitul-Makmur ini betul² di atas Baitullah di Mekah).
  • Di Tangga Ke-8 : Disinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pohon Sidrat al-Muntahā. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pohon itu; Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah², daun², batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata²  índah. Unggas² emas berterbangan. Segala keíndahan yang tak terperi oléh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai al-Kautsar yang terus masuk ke Syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan malaikat Malik, penunggunya.
  • Di Tangga Ke-9 : Di sini berbetulan dengan pucuk pohon Sidrat al-Muntahā, Rasulullah S.A.W masuk di dalam Nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam Nur Árasy, íaítu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu-bapanya.
  • Di Tangga Ke-10 : Baginda Rasulullah S.A.W. sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya sendiri lantas sujud, SubhanAllah... Kemudian berlakulah dialog antara Allah S.W.T. dan Muhammad, Rasul-Nya :
Allah S.W.T. : “Ya Muhammad”.
Rasulullah S.A.W. : “Labbaika”.
Allah S.W.T. : “Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah S.A.W. : "Ya, Rabb. Éngkau telah ambil Íbrahim sebagai ‘Khalil’ dan Éngkau berikan dia kerajaán yang besar. Éngkau berkata² dengan Musa. Éngkau berikan Dawud, kerajaán yang besar dan dapat melembutkan besi. Éngkau kurniakan kerajaán kepada Sulaiman yang tidak Éngkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasaí jin, manusia, syaitan dan angin. Éngkau ajarkan Ísa, Taurat dan Ínjil. Dengan ízin-Mu, dia dapat menyembuhkan órang buta, órang sufaq dan menghidupkan órang mati. Éngkau lindungi dia dan íbunya daripada syaitan".
Allah S.W.T. : "Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada úmatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan úmatmu se-baik² úmat. Aku beri keútamaán dan keístimewaán kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat² di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaán di bawah Árasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Íslam, hijrah, sedekah, ámar ma’ruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji² Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji²mu. Dan Aku fardukan ke átasmu dan úmatmu 50 (waktu) solat."

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W dibawa menemui Nabi Íbrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T. agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu. Selepas 9 kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), akhirnya Allah S.W.T. memperkenankan dan memfardukan solat 5 waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mi’râj :

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq di perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan íni, Baginda S.A.W. bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Isrâ’ dan Mi’râj yang amat ajaib itu.
__________________________________________________________________________________

Hikmah² Peristiwa Isrâ’ & Mi’râj :

Apa tujuan berlakunya Peristiwa Isrâ’ & Mi’râj pada íni kepada Baginda Rasulullah S.A.W.?
  1. Menunjukkan kebesaran dan kekuasaán Allah S.W.T.
  2. Menghiburkan hati Baginda yang sedang bersedih setelah kehilangan 2 órang yang penting dalam mempertahankan baginda dari ancaman kafir Quraisy íaítu kewafatan ísteri baginda serta kewafatan bapa saudaranya, Abu Talib.
  3. Membézakan golongan yang benar dan munafik.
  4. Menerima perintah solat 5 waktu.
  5. Menggambarkan darjat Baginda Rasulullah S.A.W. yang lebih tinggi dari para Nabi & Rasul yang lain.

Apakah Hikmah berlakunya Peristiwa Isrâ’ & Mi’râj :
  1. Penghormatan buat Baginda yang merupakan pesuruh Allah dari susur galur Nabi Ísmail dari keturunan Árab dan tidak seperti para Rasul yang lain dari keturunan Bani Israil.
  2. Menghimpunkan 2 kiblat.
  3. Baitulmuqqaddis adalah tempat hijrah para Nabi & Rasul terdahulu dan baginda bertemu dengan meréka secara rohani.
  4. Baitulmuqqaddis akan menjadi padang Mahsyar di ákhirat kelak.
  5. Dapat menyerlahkan golongan yang íngkar serta dapat menyerlahkan sifat al-Amin yang dimiliki Baginda terhadap golongan kafir Mekah yang sudah pasti teruja mendengar baginda menjelaskan keádaán di Baitulmuqqaddis.
  6. Menurut Kaáb al-Ahbar, kedudukan Baitulmuqqaddis adalah selari dengan pintu langit tempat turun-naik para Malaikat.
  7. Menurut pendapat as-Syahid Sayid Qutb dalam tafsir 'Fi Zilalil Qurán' perjalanan seúmpama íni merupakan suatu gabungan akidah tauhid samawi tersebar; bermula sejak zaman Nabi Íbrahim A.S. dan Nabi Ísmaíl A.S. sehinggalah kepada Rasulullah S.A.W. sebagai penutup kenabian dan kerasulan.

Apakah Hikmah Pembedahan dada Baginda S.A.W. :
  1. Menyucikan hati Baginda dari sifat² mazmumah.
  2. Menguatkan hati baginda dengan Íman.
  3. Menghindarkan baginda dari godaán syaitan.
  4. Simbol ketaubatan úmat Íslam agar senantiasa beráda dalam keádaán bersih ketika menghadap Ílahi.
  5. Pembedahan tanpa kesan parut menunjukkan kekuasaán Allah S.W.T.

Apakah Hikmah berlakunya peristiwa Isrâ’ & Mi’râj pada waktu malam :
  1. Ibnu Munir berpendapat, waktu malam adalah waktu yang tenang dan aman dalam pertemuan diántara kekasih.
  2. Ibnu Dahiyah pula berpendapat, waktu malam adalah sunyi dan sesuai úntuk beríbadah.

Apakah Hikmah pertemuan Nabi Muhammad S.A.W. dengan para rasul yang lain di setiap langit (Tangga) :
  1. Bertemu dengan Nabi Adam A.S. dilangit pertama menunjukkan baginda merupakan manusia ciptaán Allah S.W.T. yang pertama.
  2. Bertemu dengan Nabi Ísa A.S. & Nabi Yahya A.s. dilangit ke-2 menunjukkan jarak masa kerasulan Rasulullah S.A.W.
  3. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S. dilangit ke-3 menunjukkan úmat Rasulullah S.A.W. yang masuk ke Syurga akan menyerupai ketampanan / kecantikan wajah baginda.
  4. Bertemu dengan Nabi Idris A.s. dilangit ke-4 menunjukkan baginda merupakan órang pertama yang memerangi musuh Íslam serta mengízinkan Rasulullah S.A.W. melakukan yang sama.
  5. Bertemu dengan Nabi Harun A.s. dilangit ke-5 menunjukkan yang baginda dahulunya mempunyaí teman berdakwah íaítu saudara kandungnya; Nabi Musa A.S. sepertimana Rasulullah S.A.W. yang mempunyaí para Sahabat².
  6. Bertemu dengan Nabi Musa A.s. dilangit ke-6 menunjukkan ketinggian darjat baginda yang digelar 'Kalimullah' íaítu Órang yang dapat bercakap dengan Allah S.W.T. sepertimana Rasulullah S.A.W. pula digelar 'Habibullah' íaítu Kekasih Allah. Menurut Ímam al-Qurtubi, Baginda juga berkongsikan pengalaman úmatnya yang merasakan begitu berat mengerjakan íbadah dan menimbulkan perasaán simpati terhadap úmat Nabi Muhammad S.A.W.
  7. Bertemu dengan Nabi Íbrahim A.s. dilangit ke-7 menunjukkan baginda merupakan bapa para Nabi dengan gelaran 'Khalilullah' íaítu Sahabat Allah S.W.T. sepertimana kedudukan Rasulullah S.A.W. yang lebih tinggi.

Apakah Hikmah Rasulullah S.A.W. menaiki Buraq :
  • Menurut pendapat al-Hafiz dalam kita 'al-Fath'nya, Diútuskan kepada Baginda, malaikat Jibril A.S. dan Mikaíl A.S. sebagai pengiringnya dan Buraq sebagai tunggangannya.
  • Sepertimana ámalan seórang Sultan dizaman dahulu kala yang dikirimkan kepadanya pengawal pengiring beserta persalinan dan tunggangannya sebagai tanda penghormatan terhadap seórang Raja / Sultan.
__________________________________________________________________________________

Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulang² ceritanya oléh para ústaz, guru, / penceramah setiap kali sambutan Isrâ’ dan Mi’râj diadakan, kita dapat melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam kebanyakan jiwa masyarakat Íslam.

Kesimpulannya, Peristiwa Isrâ’ dan Mi’râj bukan hanya kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali menjelang 27 Rejab tetapi adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Isrâ’ dan Mi’râj yang memperlihatkan pelbagai kejadian anéh yang penuh pengajaran ítu seharusnya memberi keínsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Isrâ’ dan Mi’râj ini dipelajari dan dihayati, kemungkinan manusia ítu mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan kejahatan, InSyaAllah. Kejadian Isrâ’ dan Mi’râj juga adalah untuk menguji kepercayaán úmat Islam. Órang² kafir di zaman Nabi S.A.W. langsung tidak mempercayaí bahkan memper-ólok²kan Baginda S.A.W.

Peristiwa Isrâ’ dan Mi’râj itu merupakan újian dan mukjizat yang membuktikan kudrat / kekuasaán Allah S.W.T. yang mana Dia telah menunjukkan bukti² kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda S.A.W.

Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang berlaku di dalam peristiwa Isrâ’ dan Mi’râj íni, kita perlu mengambil í’tibar dan yakin bahawa bumi Baitulmuqqaddis di Palestin yang menjadi tempat bermulanya Mi’râj Nabi S.A.W. adalah bumi yang penuh keberkahan dan terdapat Masjidil Áqsa íaítu kiblat pertama úmat Íslam.

Baitulmuqqaddis dan Masjidil-Áqsa adalah harta úmat Íslam yang tak ternilai menjadi rebutan pelbagai kuasa setelah kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.; telah ber-kali² ía ber-tukar² dan diduduki pelbagai kerajaán dari sebelum kurun ke-13 Masihi lagi termasuklah Empayar Kristian dari Perancis, dirampas kembali oléh sebuah kuasa tentera Íslam terúlung; Salahuddin al-Ayubi, Kerajaán Uthmaniyah, Turki dan kini akhirnya, ía jatuh ke tangan Yahudi Ashkenazi Zionis Laknatullah. Úmat Íslam perlu berúsaha, bersatu, sedia berkorban dan berdoá semoga tempat suci úmat Íslam ini dapat dikuasaí semula oléh úmat Íslam.

Ramai dikalangan umat Íslam yang tersilap fakta berkenaán dengan kedudukan Masjidil-Áqsa yang sebenar.. Apa yang digembar-gemburkan oléh Yahudi Ashkenazi Zionis Laknatullah ítu bukanlah Masjidil-Áqsa yang sebenar tetapi ía adalah Masjid Al-Sakhrah (Dome of Rock) - Masjid yang berkubah emas.

Tujuan pembinaánnya adalah untuk mengalihkan perhatian umat Íslam seluruh dunia. Masjidil-Áqsa kini hanya menunggu masanya untuk runtuh kerana kerna pihak Yahudi Ashkenazi Zionis Laknatullah íni sedang ligat mengorék tanah dan mengalirkan air dibawah lantai Masjid tersebut.. Setelah itu, 'Hakka Sulaiman' akan didirikan semula.

Peristiwa Isrâ’ dan Mi’râj akan lebih bermakna apabila úmat Íslam seluruhnya dapat membantu saudara²nya di Palestin dan dapat memulihkan serta menguasaí Baitulmuqqaddis, menghalau Yahudi Ashkenazi Zionis Laknatullah daripada terus membunuh saudara² kita di Palestin... :’(

Wallahu'alam bi shawab.

::Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id::
::ILuvIslam::
:: “Muhammad S.A.W.” - Al-Alawi al-Maliki, al-Anwar al Bahiyya min Isra wa l-Mi'raj Khayr al-Bariyyah.::
:: Isrâ’ & Mi’râj “Antara yang Tersurat & yang Tersirat” – Azlan Abd. Rahman, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.::

No comments:

Post a Comment